Menonton pelawak beraksi di atas pentas atau di
kaca TV (senario ke) kita pun ketawa berdekah-dekah. Kenapa harus
ketawa? Lantaran hati kita ni digeletek oleh lawak mereka. "KEH KEH KEH
KAH KAH"
Sekumpulan orang2 yang melingkungi seorang tukang ubat
tenaga batin di Chow Kit sedang gelak ketawa mendengar 'temberang' sang
tukang ubat. Jadi, dunia ni penuh dengan gelak ketawa manusia. Cuma
kucing2 aje yang tak ketawa (mungkin gelak dalam bunyi meow meow kot).
Mayat yang terbujur kaku dalam rumah, orang2 yang berziarah duduk2
bersembang di luar dan terburailah gelak ketawa mereka bila tersentuh
yang lucu dan mencuit hati. "KEH KEH KEH sebagai manusia,aku sayang
padamu..."
Di dalam masjid pun, orang2 boleh ketawa. Borak2 di
beranda masjid sambil hisap rokok bersantai2 menunggu waktu antara
Maghrib dan Isyak. Sedang mengadap Quran pun orang boleh gelak lagi.
Bilal sedang mengalunkan azan pun org ketawa. Syaitan membisikkan
"ketawalah kuat2 dan mengilai2 lagi gamat" "sebagai manusia,aku sayang
padamu... KEH KEH KEH"
Tapi bila kita menangis? Pada detik kita
lahir dari perut ibu diiringi dengan tangisan. Kerana apa menangis?
Syaitan benci melihat manusia menangis. Syaitan mahu ketawa sepanjang
masa. "maafkan saya, itu kawanku," kata syaitan. Ya, org bebas ketawa
girang gembira. "ketawa tu nikmat, laugh is the best medicine, omputih
kata", kata sorang hamba Allah. "KEH KEH KEH"
Tak pernah ke kita
nak menghayati sabda Rasulullah, idola manusia sepanjang zaman? sabda
baginda yang bermaksud: "Diharamkan api neraka untuk membakar mata yang
pernah menangis kerana merasa hebat kepada Allah. Diharamkan api neraka
membakar mata yang pernah berjaga-jaga dalam perang sabil, dan
diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah dipejamkan dari
hal2 yang diharamkan oleh Allah..".
Sabda Baginda lagi : "Banyak
ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat
dan mempusakai marah dalam hati".
"Tertawa di dalam masjid itu menenggelamkan di dalam kubur dan mematikan hati dan melalaikan daripada menyebut nama Tuhan".
Daripada
Hassan Basri, tertawa itu ada 2 bahagian. Satu bahagian, tertawa yang
disukai Allah iaitu diberi pahala untuk org yang tertawa. Tertawa sayang
yang disukai Allah ialah senyum seorang di hadapan saudaranya bertujuan
untuk menyukakan hatinya. Dan tawa yang dimurkai Allah ialah tertawa
kerana perkataan atau percakapan orang lain.
Kalau sahabat semua nak tau, Syaitan pun suka ketawa. Bila?
Daripada
Abu Hurairah r.a : Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Apabila
menguap salah seorang kamu dalam sembahyang, maka hendaklah kamu menutup
mulutnya sedapat mungkin dan jangan sampai mengatakan 'hah' kerana
sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan yang ketawa "KEH KEH KEH
sebagai manusia,aku sayang padamu... KAH"
No comments:
Post a Comment